Tuesday, February 23, 2016

JALAN-JALAN DI ICT SHAH ALAM 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Cuti Chinese New Year baru ni sempatlah aku membawa anak-anak berjalan di ICT Shah Alam . Bertambah meriah dengan lampu-lampu. Rasanya ini kali ketiga aku datang ke ICT ni. Kali pertama masa tu Amni baru berusia 6 bulan kemudian masa umur dia 2 tahun kalau tak silap. Kini Amni dah 6 tahun. So banyaklah yang dah berubahnya kan.

Time aku datang tu memang ramailah pulak orang. Awal lagi jalan dah jamed. Padahal baru pukul 9.

Aku dari rumah masa tu pukul 5.30 petang. Kononnya nak sampai awal Shah Alam ni sebab nak rasa Roti John Cheese Sekilo tu yang baru kua TV3 tu nak kabo kan.. haha....Sampai-sampai jer...nah orang berbaris ada nak dekat 100 orang rasanya. Tak larat teman nak tunggu. Aje mandang jer lah kan. Tak ada rezeki la nak merasakan.

Jadi kami sepakat lah cari shopping complex yang lain nak sejukkan badan , nak cari makan sementara tunggu hari malam. Pergilah pulak ke AEON Jusco yang nampak besar sangat dari tepi highway masa mula-mula sampai tadi. Dekat dengan Stadium Shah Alam. Sampai-sampai jer rupanya belum bukak lagi....

Tak apalah nak buat camana. Cari lagi yang lain. Last pergi shopping complex dekat dengan SACC Shah Alam. Aku pun lupa apa nama shopping complex tu.

Jalan-jalan cuci mata. Sempat juga adik aku beli dua tiga tudung. Lepas tu kami makan di Pizza Hut. Bagi anak-anak kenyang dulu barulah senang nak berjalan nanti. Lepas solat Maghrib kami pun terus gerak ke ICT. Nak masuk parking bersusun kereta tapi nasib ada parking.


 Seronok sangat rasa dapat bersama-sama dengan anak macam ni. Diorang happy kita pun lagilah happy....Ni bergambar bersama anak-anak, adik-adik dan anak saudara




Macam-macam aksi kan...Paling suka tengok Kausar. Pandai senyum dah bila nak bergambar

Dah puas jalan-jalan, anak-anak pun dah mengantuk kami pun gerak balik dalam jam 11 malam macam tu... Oklah selesai sudah cerita cuti baru-baru ni. Sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...